Thursday 1 November 2012

REKORDER





     Rekorder merupakan salah satu alat muzik tiupan atau tergolong dalam kumpulan AEROPHONE. Rekorder juga disebut sebagai blockflute dan termasuk dalam kelompok instrumen muzik tiup kayu. Dari segi bentuk, secara umumnya rekorder adalah berupa tabung dengan sumber suara yang dilengkapi dengan lubang-lubang yang berfungsi sebagai pengatur tinggi  rendah nada.
         
          Terdapat pelbagai jenis rekorder. Di antaranya ialah rekorder soprano, rekorder sopranino, alto, tenor dan bass. Masing-masing rekorder ini memiliki bunyi atau ton yang berbeza-beza. Walaupun rekorder atau blockflute ini tergolong dalam alat muzik tiup kayu, dengan perkembangan teknologi sekarang, ia telah dikeluarkan dalam bentuk plastik atau ebonite.
          
      Alat muzik ini (rekorder) telah mula popular dalam beberapa dekat terakhir kerana ia mudah dimain kan. Ia juga adalah salah satu alat muzik yang wajib dipelajari di sekolah-sekolah rendah. Murid-murid didedahkan dengan bermain rekorder dalam subjek Pendidikan Muzik  bermula tahun 4 hingga 6 bagi KBSR. Mulai 2013, murid tahun 3 (KSSR) akan didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran bermain rekorder dalam subjek Dunia Muzik.
          
     Rekorder yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah rekorder soprano. Rekorder ini boleh menghasilkan dua belas  not, iaitu C,D,E,F,G,A,B,C’,D’, E’ dan F’.




BAHAGIAN-BAHAGIAN REKORDER

            Rekorder terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian itu adalah kepala rekorder, badan rekorder dan seterusnya kaki rekorder. Kita hanya perlu menyambungkan badan ke kepala dan kemudian kaki rekorder. Lubang yang terakir mestilah senget ke kanan sedikit seperti rajah di bawah.




PENJARIAN BERMAIN REKORDER

Bermain rekorder juga mempunyai pengajaran yang menggunakan nombor. Kebiasaannya penjarian German menggunakan penomboran. Cuba lihat dan fahami rajah di bawah.




PENOMBORAN TANGAN KIRI





PENOMBORAN TANGAN KANAN




 PENOMBORAN PADA REKORDER







(a) Tangan Kiri

·                Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. 
·                Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. 
·                Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. 
·                Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.



(b) Tangan Kanan

·                Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. 
·                Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. 
·                Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. 
·                Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. 
·                Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. 
·                Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet. 



SUSUNAN JARI PADA LOBANG REKORDER



CARTA PENJARIAN REKORDER



CARA BERMAIN REKORDER


1.     Letakkan tiga jari tangan kiri di tiga lubang yang teratas dan empat jari tangan kiri di bahagian bawah.
2.     Muncung rekorder di letakkan di bibir. JANGAN menggigit rekorder dan JANGAN sampai terkena gigi anda.
3.     Cuba tiup rekorder anda. Cuba  tiup dengan cara menyebut ‘tu’. PASTIKAN anda tidak meniup dengan terlalu kuat kerana ia tidak dapat menghasilkan ton yang sebenar (bunyi sumbang akan terhasil).
4.     PASTIKAN setiap lubang ditutup dengan rapat. Jika ia tidak ditutup dengan sempurna, ton bunyi yang dihasilkan akan menjadi sumbang.




TEKNIK PERNAFASAN

Pernafasan yang baik sama seperti kita menyanyi menggunakan pernafasan diafragma, dan untuk menghasilkan tiupan yang baik, ucapkan seperti kata TU, tiupan harus rata, jangan terlalu kuat meniup sehingga memekakkan telinga. Biasanya nada do (c’) adalah yang paling susah dibunyikan.



LATIHAN BERMAIN REKORDER


Penjarian Not B, A, G, C' dan D'











SELAMAT MENCUBA!!!