Rekorder merupakan salah
satu alat muzik tiupan atau tergolong dalam kumpulan AEROPHONE. Rekorder juga disebut sebagai blockflute dan termasuk dalam kelompok instrumen muzik tiup kayu.
Dari segi bentuk, secara umumnya rekorder adalah berupa tabung dengan sumber
suara yang dilengkapi dengan lubang-lubang yang berfungsi sebagai pengatur
tinggi rendah nada.
Terdapat pelbagai jenis rekorder. Di antaranya ialah
rekorder soprano, rekorder sopranino, alto, tenor dan bass. Masing-masing rekorder
ini memiliki bunyi atau ton yang berbeza-beza. Walaupun rekorder atau blockflute ini tergolong dalam alat
muzik tiup kayu, dengan perkembangan teknologi sekarang, ia telah dikeluarkan
dalam bentuk plastik atau ebonite.
Alat muzik ini (rekorder) telah mula popular dalam beberapa
dekat terakhir kerana ia mudah dimain kan. Ia juga adalah salah satu alat muzik
yang wajib dipelajari di sekolah-sekolah rendah. Murid-murid didedahkan dengan
bermain rekorder dalam subjek Pendidikan Muzik
bermula tahun 4 hingga 6 bagi KBSR. Mulai 2013, murid tahun 3 (KSSR)
akan didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran bermain rekorder dalam
subjek Dunia Muzik.
Rekorder yang sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah ialah rekorder soprano. Rekorder ini boleh menghasilkan
dua belas not, iaitu C,D,E,F,G,A,B,C’,D’,
E’ dan F’.
Rekorder terbahagi kepada
tiga bahagian. Bahagian itu adalah kepala rekorder, badan rekorder dan
seterusnya kaki rekorder. Kita hanya perlu menyambungkan badan ke kepala dan
kemudian kaki rekorder. Lubang yang terakir mestilah senget ke kanan sedikit
seperti rajah di bawah.
PENJARIAN BERMAIN REKORDER
Bermain rekorder juga
mempunyai pengajaran yang menggunakan nombor. Kebiasaannya penjarian German
menggunakan penomboran. Cuba lihat dan fahami rajah di bawah.
PENOMBORAN TANGAN KIRI
PENOMBORAN TANGAN KANAN
PENOMBORAN PADA REKORDER
(a) Tangan Kiri
·
Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
·
Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
·
Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
·
Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
(b) Tangan Kanan
·
Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
·
Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
·
Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
·
Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
·
Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil.
·
Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan
flet.
SUSUNAN JARI PADA LOBANG REKORDER
CARTA PENJARIAN REKORDER
CARA BERMAIN REKORDER
1. Letakkan
tiga jari tangan kiri di tiga lubang yang teratas dan empat jari tangan kiri di
bahagian bawah.
2. Muncung
rekorder di letakkan di bibir. JANGAN
menggigit rekorder dan JANGAN
sampai terkena gigi anda.
3. Cuba
tiup rekorder anda. Cuba tiup dengan
cara menyebut ‘tu’. PASTIKAN anda
tidak meniup dengan terlalu kuat kerana ia tidak dapat menghasilkan ton yang
sebenar (bunyi sumbang akan terhasil).
4. PASTIKAN
setiap lubang ditutup
dengan rapat.
Jika ia tidak ditutup dengan sempurna, ton bunyi yang dihasilkan akan menjadi
sumbang.
TEKNIK PERNAFASAN
Pernafasan yang baik sama seperti kita menyanyi menggunakan pernafasan
diafragma, dan untuk menghasilkan tiupan yang baik, ucapkan seperti kata TU, tiupan harus rata, jangan
terlalu kuat meniup sehingga memekakkan telinga. Biasanya nada do (c’) adalah yang paling susah dibunyikan.
LATIHAN BERMAIN REKORDER
Penjarian Not B, A, G, C' dan D'
SELAMAT MENCUBA!!!
LATIHAN BERMAIN REKORDER
Penjarian Not B, A, G, C' dan D'
SELAMAT MENCUBA!!!